INTIPATI SAMBUTAN 10 TAHUN ASTRO OASIS

Assalamulaikum semua ! Semalam saya telah cerita serba sedikit tentang Sambutan 10Tahun Astro Oasis maka hari ni saya ingin berkongsi sedikit tentang booth yang telah dibuka semasa sambutan Astro Oasis di Unisel Shah Alam Jalan Zikron. Sambutan tersebut telah berlansung daripada 27 hinnga 29 Oktober 2017. 

 Antara aktiviti dan gerai yang terdapat di sambutan tersebut adalah, pameran haiwan exostic, sukan memanah dan banyak lagi. 


Kerajaan Selangor juga menjayakan sambutan tersebut dengan menyediakan perpustakaan bergerak untuk pengunjung yang gemar membaca, serta ibu bapa juga dapat mengajar anak-anak kecil tentang membaca buku dengan lebih mendalam . 

Bukan sahaja perpustakaan tapi Kerajaan Selangor juga telah membuka satu booth mengenai mereka. Booth tersebut terletak di tangga pintu masuk PCH Unisel. 

 
Astro gempak juga membuka booth bagi menarik lebih ramai pengunjung yang hadir. Bukan itu sahaja, kehadiran maskot Didi and Friends juga menjadi daya tarikan sambutan ini untuk golongan kanak-kanak agar mereka dapat bergambar bersama kartun kegemaran mereka. 

Bukan sahaja memanggil maskot Didi and Friend, permainan juga disediakan untuk memeriahkan lagi suasana ketika Karnival tersebut antaranya adalah cabutan bertuah, menari bersama Didi and Friends dan banyak lagi lah. 


 Ada juga booth yang menyediakan perkhidmatan melukis gambar anda. Harga yang ditawarkan sangatlah murah dan berpatutan untuk pelajar dan seisi kelusrga. Bukan itu sahaja booth ini juga menjual karya-karya seni berbentuk komik untuk semua lapisan masyarakat seperti lawak campus dan lain-lain.  

Bersebelahan booth komik terdapat booth menjual baju t-shirt yang ada bertulisan jawi dengan harga yang berpatutan.  


Di karnival tersebut bukan sahaja terdapat hanya ceramah atau jualan komik saja, ada juga yang menjual makanan dan minuman untuk santapan kepada semua pengunjung yang hadir . Air mangga shake ni bukan biasa-biasa punya shake. Shake dia luar biasa sekali minum rasa manis je, cukup cream , cukup segalanya. 


Ini antara daya tarikan yang terdapat di Karnival tersebut iaitu burger berwarna, bukan senang nak jumpa burger yang berwarna atau lebih senang panggil Colour Burger. Hanya boleh didapati di Sambutan Astro Oasis yang ke 10 tahun. 


 Pau cendawan dan jagung juga ada dijual. Pau ini berinti kacang,coklat,ayam,daging dan juga kaya. Yang pasti kesemua pau itu sungguh sedap dimakan serta kenyang dan juga terdapat banyak pilihan untuk dicuba. 


Bukan itu sahaja, makanan ringan juga dijual di sana seperti keropok lekor, nugget, sosej, fishball, burger dan juga wantan. Terdapat juga makanan seperti nasi ayam Tenpan yang memang sedap serta tukang masak yang sporting gila ! Ada juga ayam goreng pakcik Bob atau lebih dikenali sebagai Ayam Goreng Uncle Bob. 

Itu sahaja yang sempat saya kongsikan kepada korang semua terntang apa yang terdapat semasa karnival tersebut berlangsung. Diharapkan anda semua terus 'menyaport' kitorang punya blog ini dan menjadi membaca yang setia. Sekian sahaja dari saya pada malam ini  Terima Kasih.

Comments

Popular posts from this blog