BAJET 2018
YAB Perdana
Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah membentangkan #Bajet2018
di Parlimen pada hari Jumaat lepas bersamaan 27 Oktober 2017 . Bajet tersebut
memberi focus kepada pembangunan ekonomi , kesejahteraan rakyat serta mengambil
kira kepentingan generasi TN50 . Pernyataan di bawah merupakan sorotan bajet
untuk rujukan anda .
Demi
kepentingan dan kesejahteraan rakyat , maka Bajet 2018 akan memperuntukkan
sejumlah RM280.25 bilion , menyaksikan pertambahan peruntukan , berbanding RM260.8
bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan . Daripada jumlah tersebut , RM234.25
bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus , dan RM46 bilion lagi bagi
perbelanjaan pembangunan . Ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion .
Di bawah
peruntukan mengurus , RM79.15 bilion adalah untuk Emolumen dan RM33.62 bilion
ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan . Manakala , sebanyak RM119.82 bilion
ringgit lagi adalah untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap . Perbelanjaan
lain pula , diperuntukkan RM1.08 bilion , dan RM577 juta untuk pembelian aset .
Bajet yang
digubal ini adalah yang paling penting kerana ia merupakan satu rumusan kepada
prakarsa-prakarsa yang telah memacu ekonomi negara semenjak beliau menjadi
Perdana Menteri bermulanya tahun 2009 . Pe-tunjang
bagi Bajet 2018 adalah merancak pelaburan perdagangan dan industri , menuju
aspirasi TN50 , menungguli pembangunan pendidikan , latihan dan kemahiran serta
bakat memacu pembangunan inklusif , mengutamakan kesejahteraan rakyat dan
peluang menjana pendapatan , mempersiaga revolusi , perindustrian keempat dan
ekonomi digital , , meningkat kecekapan
dan penyampaian GLC dan
perkhidmatan awam dan mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence
Ukhrawi .
Seperti yang
kita dapat lihat , Malaysia telah mencapai hubungan dagang dan diplomasi yang
dianggap berada pada tahap terbaik dan paling matang dalam lingkungan masa
serentak dengan kuasa-kuasa besar ekonomi dunia ,dan kemampuan untuk kekal
menguruskan kewangan negara dengan mengamalkan tadbir urus yang cekap serta
disiplin fiskal yang berhemah .
Bagi Bajet
Persekutuan 2018 , hasil yang dianggarkan bagi tahun 2018 ialah mencapai
sebanyak RM239.86 bilion . Peruntukan untuk 2018 disasarkan untuk mencecah
sebanyak RM280.25 bilion , iaitu rm234.25 bilion bagi belanja mengurus dan RM46
bilion bagi belanja pembangunan . Ini tidak termasuk simpanan luar jangka iaitu
RM2 bilion .
Tema bagi
Bajet 2018 ialah “MEMAKMUR EKONOMI YANG INKLUSIF , MENGIMBANG KEUNGGULAN
DUNIAWI DAN UKHRAWI DEMI MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT , MENUJU ASPIRASI TN50”
.
Manakala
bagi prestasi ekonomi negara ini , kerajaan akan memperkemas infrastruktur logistic
dan pengangkutan melalui langkah-langkah tertentu , iaitu pembinaan projek East
Coast Rail Link atau ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pangkalan Kubor
, Kelantan yang dapat membawa muatan
kargo dan penumpang dalam tempoh empat jam .
Selain itu ,
projek MRT2 jajaran Sg.
Buloh-Serdang-Putrajaya dengan jarak 52 kilometer meliputi 37 stesen dengan
anggaran kos 32 bilion ringgit . Selanjutnya , Projek High Speed Rail
menghubungkan Kuala Lumpur – Singapura sejauh 350 kilometer dalam masa 90 minit
, dijangka memanfaatkan rakyat menjelang 2026 .
Berikutnya ,
berita gembira buat rakyat Selangor dan Perak , Lebuhraya Persisiran Pantai
Barat dari Banting ke Taiping sedang dibina kos RM5 bilion . Kelima , untuk
Projek Central Spine Road , 230 juta ringgit diperuntukkan untuk tahun 2018
bagi meneruskan pembinaan , antaranya pakej jajaran Raub ke Bentong , dan
jajaran Gua Musang , Kelantan ke Kampung Relong , Pahang .
Bajet ini
juga mengisytiharkan bahawa Pulau Pangkor di Perak sebagai Pulau Bebas Cukai .
Walau bagaimanapun , ini tidak termasuk barang-barang seperti minuman
keras , rokok dan kenderaan bermotor dan
untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara , Special Border Economic Zone di
Bukit Kayu Hitam akan dibangunkan .Pembangunan ini turut merangkumi Zon
Perindustrian Bebas yang akan menjadi tarikan baharu kepada pelabur dari dalam
dan luar negara .
Bagi
highlights untuk Bajet 2018 , antaranya ialah bantuan khas kewangan penjawat
awam sebanyak RM1500 , bantuan kepadada pesawan 3 bulan sebanyak RM600 , amanah
dana anak Malaysia ADAM50 , dana tabungan permulaan sebanyak RM200 , meneruskan
BR1M , Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M) , geran sepadan sebanyak
RM1500 . Berikutan dengan bantuan khas Tok Batin & Ketua Kampung sebanyak
RM1500 , kenaikan elaun warga emas kepada RM350 , bantuan khas guru KAFA &
Takmir Imam , Bilal , Siak sebanyak RM1500 , kenaikan elaun OKU kepada RM50 ,
bantuan khas kewangan pesara sebanyak RM750 dan akhir sekali , iaitu mengurangkan
kadar cukai individu & meningkatkan Pendapatan Boleh Guna antara
RM300-RM1000 .
Comments
Post a Comment