YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah membentangkan #Bajet2018 di Parlimen pada hari Jumaat lepas bersamaan 27 Oktober 2017 . Bajet tersebut memberi focus kepada pembangunan ekonomi , kesejahteraan rakyat serta mengambil kira kepentingan generasi TN50 . Pernyataan di bawah merupakan sorotan bajet untuk rujukan anda . Demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat , maka Bajet 2018 akan memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion , menyaksikan pertambahan peruntukan , berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan . Daripada jumlah tersebut , RM234.25 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus , dan RM46 bilion lagi bagi perbelanjaan pembangunan . Ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion . Di bawah peruntukan mengurus , RM79.15 bilion adalah untuk Emolumen dan RM33.62 bilion ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan . Manakala , sebanyak RM119.82 bilion ringgit lagi adalah untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap . Perbelanjaan lain p...
Comments
Post a Comment