MUR (Malaysia united runs)
SEPANG: Lebih 40,000 penuntut dari 60 universiti dan kolej seluruh negara menyertai larian Malaysians United Run (MUR) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, pagi ini.
Larian sejauh lima kilometer yang kali kedua dianjurkan Institut Onn Jaafar (IOJ), turut disertai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Penaung IOJ dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
MUR 2017 bertema 'Let's Light Up Our Children's Future', diiktiraf oleh Brand Laureate atas pencapaian Penyertaan Terbesar Belia Dalam Acara Larian.
Comments
Post a Comment